Followers

Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Monday, December 8, 2008

Raya di KL

Salam Aidiladha buat semua..

Hari ke-2 raya haji, aku kembali bertugas seperti biasa. Kalau di Kelantan atau Terengganu cuti Aidiladha 2 hari. Di negeri lain cuti sehari jer dan aku tidak apply cuti untuk menyambung cuti selepas raya. Tak berbaloi bercuti duduk di Shah Alam/KL.

Hari Raya Adiladha tahun ni aku beraya di rumah Kak Nik. Aku, Kak Cik & Kak Zan pergi rumah K.Nik hari Ahad petang, sampai agak lewat, asalnya janji nak sampai lepas zohor. Kak Nik dah siap buat ketupat daun palas. Kami tolong Kak Nik memasak di malam raya. Aku baked 2 biji kek atas arahan tuan rumah. Kak Zan masak rendang. Kak Cik & Kak Nik masak lauk untuk nasi dagang. Nasi dagang dikukus pagi hari raya, lepas subuh.

Pagi hari raya, lepas subuh bersiap untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha. Anak sedara ku Nabilah dan Nadiah turut bersiap dengan baju kurungnya. Aku membantu memakaikan tudung untuk mereka. Padahal anak sedara tidak akan ikut ke masjid, namun bersiap juga sebab hari raya. Hujan turun renyai-renyai daripada malam hari lagi. Hujan rahmat di hari raya. Keluar rumah jam 7.45am, kawasan perumahan sunyi jer.. orang masih tido lagi kot. Lagipun pagi-pagi hujan..

Kami solat sunat Aidiladha di Masjid Batu 5, Jalan Ipoh, KL. Ramai yang hadir, kiranya penuh jugak la saf perempuan dalam masjid itu. Saf lelaki tak nampak sebab terlindung di sebalik tabir. Kebanyakkan yang datang solat adalah orang seperti kami, yang tidak pulang ke kampung halaman. Maksudnya bukan orang tempatan di situ. Yang memenuhkan masjid adalah orang Indonesia, Bangladesh dan rakyat asing. Orang Melayu pun ada. Mungkin berdekatan kawasan di situ dihuni oleh ramai orang asing sebab tu muka-muka yang aku nampak ramainya bukan orang tempatan.

Jam 8.30am start solat sunat dan habis jam 9.15am. Sampai rumah jam 9.30am. Kak Cik menghidangkan juadah hari raya. Ada nasi dagang dengan gulai ayam & ikan tongkol, acar timun, ketupat daun palas, rendang ayam, kek coklat & vanilla, pudding cocktail, tapai pulut & kueh raya. Kami bersarapan bersama-sama. Aku makan nasi putih, nasi lain tak berapa minat. Kami beraya bersama adik beradik. Jiran tetangga, rumah macam berkunci jer. Senyap sunyi sekeliling..

Lepas makan, semua beristirehat sambil tengok tv. Mengantuk pun ada sebab tiada aktiviti (betullah kata kawanku, beraya di KL ni lepas balik solat raya, tido sampai tengahari). Situasi aku pun sama gak, begini perasaan beraya di KL. Boring. Kalau di kampung sibuk menguruskan korban, agih daging dan masak-masak. Dapat jumpa saudara-mara dan kawan-kawan. Seronok.

Tengahari, Kak Yah sekeluarga datang beraya. Mereka lunch dengan juadah hari raya yang tersedia. Kak Yah bawa nasi himpit, kuah kacang, masak lodeh & rendang daging untuk Kak Nik. Berkumpul dan bersembang bila semua adik beradik perempuan ada, macam-macam cerita keluar..dapat menghilangkan sikit perasaan boring beraya di sini.

Petangnya aku, kak cik dan kak zan pergi beraya rumah kak yah pula. Makan-makan di rumah kak Yah. Kemudian aku dihantar pulang ke Shah Alam ditemani oleh anak sedara Ida dan Syafiq. Esok kena pergi kerje. Jam 6.30 petang sampai Shah Alam. Begitulah sambutan kali pertama hari raya Aidiladha di KL pada tahun ini. Apa perasaan?? Biasa jer.. tak seronok, boring!! Apa-apa pun kena bersyukur sebab dapat beraya di KL ni.. bila lagi nak dapat pengalaman beraya di sini kan??

Wednesday, October 8, 2008

2 Syawal

Selamat hari lahir.. Terima kasih buat adik-beradik, kawan2 dan semua yang call, hantar sms dan ucap selamat padaku. Moga dengan pertambahan usia ini akan bertambahlah juga takwa kepada Allah..Aminn..

” Ya Allah, panjangkanlah umur dalam mentaatiMu & mentaati utusanMu serta jadikanlah kami hamba-hambMu yang soleh”. Amin

Hari ini jam 7.20 pagi kami sekeluarga bertolak ke Batu 6, Terengganu. Menziarahi keluarga besan emak ayah yang meninggal dunia. Emak kakak iparku meninggal dunia hari raya pertama waktu malam.. Jadi jenazah akan dikebumikan hari raya ke2 dalam pukul 10.00 pagi..

Dua jam perjalanan, kami tiba di Bt 6. Kakak ipar menyambut kedatangan kami. Kaum keluarganya ramai serta jiran-jiran dan sahabat handai hadir. Jenazah baru dimandikan.. Aku sempat melihat orang mengkafankan mayat.. sungguh menginsafkan dan suasana memilukan..memang bergenang air mata masa tu. Ahli keluarga arwah memang mengalir ari mata terus..anak cucunya datang untuk kucup jenazah sebelum mayat dikafankan sepenuhnya..memang hiba..*sob *sob.. (ambil gambar mayat, boleh ke?)

Jam 10.30 pagi, jenazah disembahyangkan di surau.. lepas tu terus dibawa ke pusara untuk dikebumikan.. Jam 11.30pagi kami bertolak pulang, sampai rumah jam 3 petang, sebab jalan jam..

Petangnya pegi rumah kawan sekampung, ada majlis meminang lepas solat asar..kawanku selamat dipinang orang..tunangnya orang kampung sebelah, dekat sahaja..5 minit perjalanan dengan kete..:-) Buat Ros, semoga jodoh berpanjangan sehingga ke syurga Ilahi..Amin.


sarung cincin..

pakaikan gelang

selamat bertunang

Malamnya pula, pergi beraya rumah makcik sebelah emak. Jumpa Mak Nab dan Mak Su. Lepas seronok bersembang lama, jam 11.00 malam barulah kami pulang ke rumah.

1 Syawal

Selamat Hari Raya Eidulfitri buat semua..

Di pagi raya aku orang paling awal bangun dan paling lewat bersiap nak pergi solat raya juga aku :-). Solat sunat hari raya jam 8.30 pagi..emak, ayah, abang dan kakak aku dah pegi surau jam 8.00pagi lagi..kalu lambat, solat kat luar la.. Jam 8.20 pagi, aku baru keluar rumah..jarak surau dengan umah dekat jer, jalan kaki 5 minit.. sampai surau orang dah ramai..ada yang dah bentang sejadah kat luar..aku berdiri nak masuk ruang solat wanita, tapi dah penuh..tunggu la kejap.. bila orang berdiri nanti mesti ada ruang untuk masuk..

Sambil berdiri aku meninjau emak dan kakak2 aku.. mana diaorang ni?? Emak duduk saf ke2, kakak saf ke3, kakak sulung saf pertama. Jam 8.30am imam dah nak mula solat sunat, bagitau cara niat dan berapa kali takbir untuk rakaat 1& rakaat ke 2.

Bila orang mula berdiri, barulah aku dapat masuk ke ruang solat.. aku apa lagi terus naik ke saf depan sebab banyak ruang kosong.. kakak sulung nampak aku.. dia terus cakap ”Adik mari duk sini”..duduk sebelah dia. Jadi dapatlah aku duduk saf pertama wanita..hehehe..tak sia-sia datang lambat..:p. Lepas solat sunat raya, dengar khutbah.. pastu bersalaman dengan orang kampung yang datang solat raya..

Kat kampung aku ni, lepas solat raya, kami akan makan gulai kawah..Kenduri kat surau dah menjadi tradisi setiap tahun. Pada malam raya, orang surau akan sembelih lembu dan memasak untuk jamuan di pagi raya.. Semua yang hadir untuk solat raya kena makan kenduri dulu baru boleh balik atau lepas tu nak pegi menziarahi pusara..

Aku turut bersarapan kat surau lepas solat raya..best makan gulai kawah sekali setahun musim raya aidilfitri je..:-)

Balik rumah, tetamu yang ayah jemput mula hadir untuk solat hajat & doa selamat..Lepas solat hajat & doa selamat..makan2 lagi..Bila tetamu jemputan pulang, sesi anak beranak mengagihkan duit raya.. semua anak sedara dapat duit raya, seronok sakan..makcik dan pakciknya ramai..huhuhu..
anak buah & anak sedara di pagi raya..

Hari raya pertama duduk rumah jer tunggu tetamu datang beraya. Petangnya baru aku pergi beraya di rumah kawan2 sekampung.. itu lah kisah 1 Syawal tahun ni..

MAAF ZAHIR & BATIN