Followers

Sunday, May 31, 2009

Ulu Yam

berehat seketika

berdua-duaan

Berhujung minggu (ahad) bersama kakak dan family ke Ulu Yam. Semua kakak ada kecuali family kakak sulung. Bersama 3 anak sedara . Berkunjung ke Ulu Yam untuk berbeku dan mandi manda.

Bertolak dari rumah jam 8.30pagi dan bertolak pulang jam 3petang. Bersarapan ,lunch di Ulu Yam.

Mandi manda sehingga jari jemari kecut dan sejuk menggigil.. macam tak pernah jumpa air, mandi tak ingat dunia..:-)

Selepas asar, kakak hantar aku pulang ke Shah Alam. Itulah cerita di hujung minggu ini. Sekian.

Thursday, May 28, 2009

kasut

kasut NB aku...

kini hanya tinggal kenangan


Pulang ke rumah daripada tempat keje. Keluar, pergi ke kedai dengan berjalan kaki. Beli air. Balik ke rumah semula.


Simpan sandal di atas rak kasut. Terdapat ruang kosong sebelah sandal, kenapa kosong? Biasanya memang ada kasut disini. Kasut siapa? Ohh! Kasut aku lah. Mana pergi kasut aku ni. Melihat keseluruhan rak kasut, memang confirm kasut aku tiada. Hati terus berdebar, terdetik.. kasut aku hilang! Check lagi atas rak kasut, memang tiada!!..oooohhh tidak!!


Perasaan jadi tidak keruan, pelbagai perasaan timbul..seperti mau menangis atau menjerit saja rasanya..masih mampu bersabar.. Kenapa lah boleh hilang di saat aku hendak menggunakannya esok hari.. Rasa geram dan nak marah…marah pada siapa? Marah pada diri sendirilah!! Siapa lagi..huhuhu.. Salah diri sendiri kerana tidak simpan kasut dalam rumah..


Dalam banyak-banyak kasut kenapa ambil kasut yang aku sayang.. kasut lain pun banyak, kenapa tak ambil??? Walaupun kasut ini tidaklah semahal mana..tapi keselesaan, nyaman dan seronok bila memakainya..


Dalam minggu ni, beberapa hari sebelum kejadian (aku jangka kasut aku hilang hari ni bukan semalam, sebab semalam kedudukan kasut atas rak macam biasa). Aku ada terlintas difikiran pasal hilang kasut ketika melihatnya di rak. Hati berkata, “ Kan hilang kasut aku ni, duk atas rak ini kalau tak simpan”. Tapi hati lain pulak berkata, “ tak hilang kot sebab tak pernah kehilangan kasut lagipun aku nak guna dalam minggu ni. Tak perlu simpan lagi, lepas guna minggu ni simpan lah.”


Jadi kasut aku masih berada di atas rak seperti biasa. Aku tidak simpan di dalam rumah. Kali terakhir aku memakainya adalah hujung bulan April.. dan hujung bulan Mei ia hilang..ooo sedihnya..:( sob. .sob.. sob.. Wahai hati, bersabarlah...


Esok aku nak guna kasut mana? Perasaan excited untuk bersenam petang esok terus terbantut..huhuhu. Tiada pilihan lain, nampaknya esok aku kena pakai kasut badminton! Kasut yang hanya dikhaskan untuk main badminton. Aku akan membeli kasut baru sedikit masa lagi.. Aku pasrah dengan kehilangan kasut ini. Setakat ini sahaja jodoh aku dengan kasut NB..jodoh yang pendek tidak sampai setahun..


Aku berdoa agar hatiku tenang, hilangkan kecelaruan dan tidak memikirkan pasal kehilangan nya lagi. Sememangnya telah tercatit kasut itu akan hilang hari ni,aku reda. Semoga Allah gantikan yang sama atau yang lebih baik dari dulu. Juga si pengambil kasut aku, semoga Allah memberi hidayah kepada nya. Aminn…


................


Nota kaki:


1. Jangan cuai, kena selalu beringat tidak kira di mana dan pada bila-bila masa
2. Jagalah sebaiknya benda yang kita sayang.. begitu juga sesama manusia (sayangilah dia selagi ada)
3. Fikir positif, setiap yang berlaku pasti ada sebab musabab nya..

Thursday, May 21, 2009

ke 70


ke 70 adalah siri konvokesyen UiTM yang akan berlangsung minggu hadapan. Menghasilkan seramai 13882 graduan daripada PhD, Master, Degree & Diploma. TAHNIAH diucapkan kepada semua graduan. Selamat berkonvokesyen!



yang best pasal konvo uitm ni, lepas konvo ada refreshement bagi ibubapa & graduan selepas sidang tamat..hehehe. tempat lain aku tak tahu..

Friday, May 15, 2009

pendidik

SELAMAT HARI GURU

Buat guru-guru ku di sekolah rendah, menengah dan universiti. Terima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan.

Juga buat ibu dan bapa ku yang juga guru bagiku.. didikan mereka sejak aku kecil sehingga kini tidak pernah putus.. Terima emak dan ayah atas didikan yang tidak pernah jemu.

SELAMAT HARI GURU diucapkan kepada

Abg Pi
Kak Nun
Abg Li
Kak As

dan semua guru di dunia ini..

Thursday, May 14, 2009

nama ke 18

Nama ahli baru (nephew) ke 18 dalam keluarga besar kami telah pun ada. Nama ke -18 ialah Ahmad Naqib Abqari bin Mohd Azlisham bermaksud Ketua Yang Bijaksana dan terpuji (Ahmad) menurut apa yang diberitakan oleh kak ipar ku.

Semoga Ahmad Naqib Abqari membesar dengan sihat menjadi anak yang soleh, berjasa, kebanggaan keluarga dan menjadi pendaulat agama, bangsa dan negara.

Telah selamat bercukur (jambul) pagi tadi, Jumaat, 15 Mei. Kita jumpa bulan Jun nanti ye, Naqib. InsyaAllah..

..............

Iman Nasuha makin cerdik dan memahami. Sudah kenal adiknya dan penyayang. Akan marah bila orang mengusik adiknya. Layanan mengada-ngada (kemanjaan) beralih kepada bapanya kerana memahami umminya masih sakit. Lagipun ummi kena layan baby baru..:-)

Wednesday, May 13, 2009

akan ke Sabah

InsyAllah akan ke Sabah..tepatnya ke Kota Kinabalu. Dalam bulan Syawal 1430H selepas Eidulfitri. Flight tiket telah ditempah..bertiga. Tempah awal sebab ada promo, harga berpatutan. Bertemu orang yang ingin ditemui dan melawat tempat yang ingin dilawati..:-)

Jadual perjalanan telah dirangka..tourist guide tolong arrange kan, apa yang patut ye...TQ

Saturday, May 9, 2009

Hari IBU


SELAMAT HARI IBU

buat:

EMAK,
Kak Yah,
Kak Nik,
Kak Pah,
Kak Nun,
Kak As

Emak, jasamu tidak terbalas. TERIMA KASIH untuk segalanya emak.. Saya Sayang Emak..

dan SEMUA IBU-IBU di dunia..

SELAMAT HARI IBU

Friday, May 8, 2009

ke 18

9hb Mei, jam 5.48am minit aku menerima SMS yang bertulis Kak dah selamat. Lahir jam 3.27am. Baby boy”. Aku membaca sms dan dapat mengagak bahawa kakak ipar telah selamat melahirkan bayi lelaki jam 3.27am. Berita yang mengujakan. Aku dapat anak sedara lagi!. Selamat datang ke dalam keluarga besar kami. Menjadi cucu ke 18 ayahanda dan bonda ku. Semoga menjadi anak yang soleh.

Aku berbalas sms dengan kakak ipar dan dia memberitahu bersalin di hospital Kota Bharu. Perancangan awal untuk bersalin di hospital Machang tidak menjadi. Kelahiran lebih awal daripada tarikh yang dijangka pada 13 Mei. Walauapapun, Alhamdulillah ibu dan bayi selamat. Semoga ibu si bayi cepat sembuh dan baby boy sihat sentiasa.

Sekarang Iman Nasuha sudah menjadi kakak. Tahap kemanjaan mungkin berkurang..hehee.. Kena behave seperti kakak dan lebih bertangungjawab (Iman bukan tahu apa pun, kecil lagi). Nama untuk baby baru belum tahu lagi. Masih difikirkan..(ada cadangan nama untuk bayi lelaki?). Jam 8 pagi, Abang aku menghantar sms memaklumkan pada semua ahli keluarga bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi lelaki.

Jam 11 pagi, si ibu telah discharge daripada hospital dan selamat pulang ke rumah. Selamat berpantang selama bercuti 2 bulan. Bulan Jun nanti , barulah boleh bertemu dengan baby bila pulang ke kampong.

.........................

Selamat hari Ibu buat Emak dan semua ibu-ibu di dunia ini. Terima kasih untuk segalanya Emak.. jasamu tidak terbalas…

Friday, May 1, 2009

1 may

Satu mei, Hari Buruh a.k.a Pekerja. hari cuti bagi banyak orang yang berkerja termasuk aku.

Selamat hari Pekerja untuk semua walaupun tak cuti tak bercuti pada 1 mei.