Followers

Thursday, May 28, 2009

kasut

kasut NB aku...

kini hanya tinggal kenangan


Pulang ke rumah daripada tempat keje. Keluar, pergi ke kedai dengan berjalan kaki. Beli air. Balik ke rumah semula.


Simpan sandal di atas rak kasut. Terdapat ruang kosong sebelah sandal, kenapa kosong? Biasanya memang ada kasut disini. Kasut siapa? Ohh! Kasut aku lah. Mana pergi kasut aku ni. Melihat keseluruhan rak kasut, memang confirm kasut aku tiada. Hati terus berdebar, terdetik.. kasut aku hilang! Check lagi atas rak kasut, memang tiada!!..oooohhh tidak!!


Perasaan jadi tidak keruan, pelbagai perasaan timbul..seperti mau menangis atau menjerit saja rasanya..masih mampu bersabar.. Kenapa lah boleh hilang di saat aku hendak menggunakannya esok hari.. Rasa geram dan nak marah…marah pada siapa? Marah pada diri sendirilah!! Siapa lagi..huhuhu.. Salah diri sendiri kerana tidak simpan kasut dalam rumah..


Dalam banyak-banyak kasut kenapa ambil kasut yang aku sayang.. kasut lain pun banyak, kenapa tak ambil??? Walaupun kasut ini tidaklah semahal mana..tapi keselesaan, nyaman dan seronok bila memakainya..


Dalam minggu ni, beberapa hari sebelum kejadian (aku jangka kasut aku hilang hari ni bukan semalam, sebab semalam kedudukan kasut atas rak macam biasa). Aku ada terlintas difikiran pasal hilang kasut ketika melihatnya di rak. Hati berkata, “ Kan hilang kasut aku ni, duk atas rak ini kalau tak simpan”. Tapi hati lain pulak berkata, “ tak hilang kot sebab tak pernah kehilangan kasut lagipun aku nak guna dalam minggu ni. Tak perlu simpan lagi, lepas guna minggu ni simpan lah.”


Jadi kasut aku masih berada di atas rak seperti biasa. Aku tidak simpan di dalam rumah. Kali terakhir aku memakainya adalah hujung bulan April.. dan hujung bulan Mei ia hilang..ooo sedihnya..:( sob. .sob.. sob.. Wahai hati, bersabarlah...


Esok aku nak guna kasut mana? Perasaan excited untuk bersenam petang esok terus terbantut..huhuhu. Tiada pilihan lain, nampaknya esok aku kena pakai kasut badminton! Kasut yang hanya dikhaskan untuk main badminton. Aku akan membeli kasut baru sedikit masa lagi.. Aku pasrah dengan kehilangan kasut ini. Setakat ini sahaja jodoh aku dengan kasut NB..jodoh yang pendek tidak sampai setahun..


Aku berdoa agar hatiku tenang, hilangkan kecelaruan dan tidak memikirkan pasal kehilangan nya lagi. Sememangnya telah tercatit kasut itu akan hilang hari ni,aku reda. Semoga Allah gantikan yang sama atau yang lebih baik dari dulu. Juga si pengambil kasut aku, semoga Allah memberi hidayah kepada nya. Aminn…


................


Nota kaki:


1. Jangan cuai, kena selalu beringat tidak kira di mana dan pada bila-bila masa
2. Jagalah sebaiknya benda yang kita sayang.. begitu juga sesama manusia (sayangilah dia selagi ada)
3. Fikir positif, setiap yang berlaku pasti ada sebab musabab nya..

No comments: