Followers

Sunday, June 14, 2009

koperasi

Selamat sejahtera..posting ini ditulis dalam dewan Seri Bestari Intekma, Resort Convention Centre Shah Alam. Hari ini Isnin dan Selasa aku menghadiri mesyuarat Agung Perwakilan ke 14 Koperasi Kakitangan UiTM Berhad. Seperti juga mesyuarat yang lalu.


Pada tahun ini pengerusi Koperasi yang baru adalah Hj Abbas Naim. Melalui ucapan pengerusi , dividen dan bonus kepada semua pencarum pada tahun 2008 akan diagihkan kepada ahli tahun ini sebanyak 14 %. Pembahagian adalah 10% keatas modal share dan 4% adalah untuk caruman anggota.


Pada mesyuarat kali ini perwakilan bersetuju kadar pinjaman dinaikkan daripada RM25 ribu , 6 tahun bayaran balik kepada RM50K ,10 tahun, 5% interest. Menurut pengerusi, koperasi mempunyai keupayaan sebanyak RM8 juta dan berkemampuan untuk meningkatkan tahap pinjaman kepada ahli.


Selain itu kepada anggota adalah digalakkan menggunakan sistem secara online di laman web koop. Sila daftarkan maklumat pencarum di web tersebut. Penggunaan online memudahkan ahli koop untuk menyemak caruman, menyemak hutang pinjaman dengan koop, mengetahui siapa penjamin pinjaman dan menyemak data yang lain.


Ahli juga disarankan supaya menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Koperasi. Contohnya perkhidmatan insurans kenderaan kerana benefit yang lebih disediakan koop kepada ahli-ahlinya.


Meeting sedang berlangsung dan semoga segalanya berjalan lancar dengan perbahasan, pertanyaan daripada perwakilan seluruh cawangan Malaysia.


Kepada anggota koperasi, sokong lah koperasi kita. Kerana koperasi telah mencapai 100 indeks koperasi terbaik di Malaysia dan kedudukan ini haruslah dibanggakan.


Koperasi Kakitangan UiTM Berhad milik anggota, tanggungjawab anggota. Maufakat membawa berkat.

No comments: