Followers

Monday, June 22, 2009

gift


Hari ini pergi keje seperti biasa. . Tiba di pejabat baru teringat bahawa pagi ini boss kembali bertugas. Hmmm.. .mesti pagi-pagi boss datang jumpa aku ni. Adoii.. nak cakap apa bila jumpa dia ni, nak report apa ek? ..biarla.. Dia tanya baru aku jawab..dia tak tanya, aku diam jer la…hohohoho..


Boss aku kembali bertugas setelah bercuti selama 20 hari di kampongnya di Bremen. Seperti yang dijangka boss sampai juga ke pejabat, pastinya untuk ketemu aku. Dia membuka pintu dan memberi salam.. greetings. Dia ke bilik sebelah, mengambil dokumen untuk ditandatangan setelah beberapa hari diperam..hehehe.. Sambil signature sambil tanya aku perkembangan semasa ketiadaan dia..” everythings ok?” Aku jawab semua OK. J Tak kan nak bgtau tak OK pulak. Updates segala benda sepanjang ketiadaannya..


Sebelum dia beredar untuk ketemu orang besar di tingkat bawah, dia menghulurkan sesuatu kepada aku. Ada dua sahaja. Dia suruh aku pilih dulu yang mana satu aku berkenan.. dia kata yang satu lagi nak bagi kat makcik ni..aku pilih color merah, tapi dalam hati color putih cantik gak... selepas pikir sejenak, aku ambil color merah la, sebab susah nampak comot kalu kotor..hehehee.. Terima kasih boss sebab bagi gift yang comel ini.. huhuhu..dapat mr teddy. Siap ada nama kampong dia lagi..kekeke..


mr teddy bear

Kemudian dia tinggalkan coklat, share untuk semua staf dia. Aku letak atas meja dalam ofis, sape nak makan ambil la..



cokelat bremen..

Aku dah bagi tau boss aku ada exam esok 23 jun. ada 2 papers pagi dan petang.. So aku kata, mungkin aku tak ada di ofis. Lepas exam pagi, aku planning akan lepak (study) di library atau tempat yang dekat dengan dewan exam. Doakan aku dapat jawab exam 23 jun dengan tenang dan sempurna serta lulus cemerlang. Doa kalian amat diharapkan. Terima kasih semua..

No comments: