Followers

Thursday, June 25, 2009

program ceria medic


Insyallah, hari ni adalah kali ke-3 program ceria medic (PCM) akan diadakan di fakulti. program ceria medic ni ialah program senaman iaitu aerobic & poco-poco. Idea mengadakan program adalah daripada Ketua Timb. Pendaftar fakulti.

Aku dilantik jadi pengurus PCM di dalam suatu meeting di fakulti. Lantikan secara tiba-tiba. KTP minta aku uruskan program ni. Ikutkan hati memang aku tidak mahu (nanti kerja bertambah..huhuhu). Bagilah pada orang lain. Tetapi semua orang dalam meeting setuju. Jadi nak tak nak kenalah jawab boleh. Surat lantikan pun tak der, AJk aku pun tak der lagi masa mula-mula dilantik tapi selepas 2 minggu program pertama berlangsung seperti dirancang.

Aku menentukan sendiri orang yang boleh membantu aku merealisasikan program ni. Mereka-mereka ini adalah orang yang dikenali dalam bidang kerja masing-masing. aku mengajukan nama mereka ini pada KPT semasa pembahagian tugasan. Mereka adalah orang-orang penting pada aku dalam menjayakan PCM setiap bulan.

Kali pertama PCM diadakan, kami buat waktu pagi. Kali ke-2, dekan suruh buat waktu petang selepas waktu kerja. Bila difikirkan pro& con, kami setuju saja buat waktu petang, walaupun kebarangkalian crowd akan menjadi berkurangan disebabkan orang akan balik rumah terus selepas kerja. walaupun tidak setuju, kami kena setuju jugak.. takkan nak bantah pulak.

Aku fikir yang positif jer lah. janji program ni berlangsung seperti yang dirancang. Lagipun buat program ni bukan suka-suka. Program ni menyihatkan badan, suatu senaman. Boleh mengeluarkan peluh, melonggarkan otot-otot. Kalu badan sihat, otak pun cergas. Seterusnya nak menjalankan tugasan hakiki pun senang. Purata staf dekat fakulti aku memang jarang bersenam. Dengan program ini sekurang-kurangnya sebulan sekali ada juga peluang untuk bersenaman.

Selain itu boleh mengukuhkan ukhuwah, walaupun satu fakulti bukan setiap hari bertemu, masing-masing berada di jabatan yang berlainan, peluang bertemu semua pun hanya dalam meeting, yakni sebulan sekali. Ada juga sesama staf tak mengenali staf lain, padahal satu fakulti. Jadi dengan ada progam sebegini, boleh mengenali sesama sendiri. Kami juga menjemput warga fakulti lain yang bersebelahan dengan fakulti kami, turut serta bersama-sama menyihatkan badan..

Instructor yang mengendalikan senaman ini kami jemput daripada fakulti sains sukan dan rekreasi. Kali pertama dan kedua, instructor yang sama. Kali ke-3 ini, aku belum kenal lagi siapa orangnya, hanya tahu nama sahaja. petang nanti, insyallah akan ketemu si punya badan.

PCM ini aku telah rangka sehingga akhir tahun 2009, tarikh setiap bulan telah dirancang. hanya bulan ramadhan tiada PCM. Aku harap PCM ini akan berlangsung seperti yang dirancang dan akan diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Kepada AJK tidak rasmi (sebab belum ada surat lantikan) yang menjalankan tugas semasa program ini berlangsung, aku amat berterima kasih kepada semua. Semoga kerjasama ini akan berterusan sampai bila-bila. Aku akan mengusulkan nama-nama mereka ini kepada KPT untuk diberikan sijil di penghujung tahun nanti. Boleh catat dalam SKT.

dan kepada semua warga fakulti, serta warga Kompleks Sains & Teknologi, turun la beramai-ramai menyertai senaman pada petang ni. Refreshment disediakan (ini penting!!!)
Salam Ceria dan selamat bersenam.

JOM SIHAT, CERGAS & CERDAS..














No comments: