Followers

Wednesday, April 1, 2009

Glamer ?

Berjalan laju menuju ke pintu utama. Melangkah masuk ke hotel, terus memandang kearah coffee house. Siapa yang dah sampai dahulu? Atau aku yang terlewat.? Aku belum terlewat sebab masih ramai yang belum tiba lagi.. Terpandang wajah seseorang dari pada sisi. Macam kenal mamat ni, siapa ye? Ooh..aku kenal, tukang masak terkenal kat TV Malaya.

Aku mengambil makanan, duduk meja bulat. Sambil makan, sambil tengok mamat tadi dan sambil tunggu Datin Seri tiba. Mamat ni memang peramah, dia memang suka bercakap..sama lah macam dalam TV.

Datin Seri tiba, aku bersalaman, pelawa duduk semeja. Aku sambung makan. Rasa nak makan banyak hari ini..tamakkah aku..atau lapar sebenarnya? ? Lepas makan buah, salad..makanan berat..desert??.

Eh, mamat tu dah nak beredar, zohor dah semakin hampir. Hari Jumaat. Seorang wanita menghampirinya, menegur. Mamat itu datang ke meja bulat ku. Bertegur sapa dengan Datin Seri. Wanita tadi berdiri disampingnya, diikuti wanita-wanita lain..kemudian cahaya menyimbah muka..semua tersenyum. Ramai peminat juga dia ni..macam glamer.. Glamer ke?

Datin Seri dah siap makan.. beberapa orang telah beralih ke meja 4 segi disambung jadi meja panjang. Acara makan terhenti, aku habiskan makan dulu.. Buka majlis, ada yang mendengar dan ada yang bercakap-cakap sehingga sejam lebih. Kemudian tangguh majlis, bersurai.


salad

glamer eh?

meja panjang segi 4

……..;

Mamat tu memang glamer pun..celebriti kan.. aku suka gak tengok rancangan masakannya. Tengok saja, tetapi tak pernah mencuba resepinya..kekekeke..

2 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

wah.. glemer gitew.. chef wan.. hehehe

dzuraini said...

Lotfi: chef Wan memang glamer ..yang lain pun tumpang glamer gak..kakaka..