Followers

Saturday, April 4, 2009

Perlis


Jumaat pagi pergi Perlis, perjalanan selama 6 jam. Berada di Perlis bersama DSZM dan Rusni. Menghadiri majlis Hi Tea PEWANI UiTM Perlis. Tema pink dan putih. Menginap di Rumah Tamu 1.


Petangnya jumpa Azira, dia baru habis kursus astronomy. Pergi ke rumahnya. Malamnya keluar dinner di Kuala Perlis. Balik ke kampus, aku singgah tengok cerapan bulan dan bintang. Yang lain terus balik ke rumah tamu. Azira menunggu aku di depan gate UiTM Perlis. Bulan bintang tidak nampak, cuaca tidak berapa elok, berawan kerana siang harinya hujan. Tetiba cahaya menyimbah muka, eh! siapa snap picture ni? Rupanya si Syed. Bertegur sapa, dan dia bertugas malam itu. Katanya nak tunggu cerapan sampai jam 6 pagi.. nak tengok bintang.


Azira hantar aku balik Rumah Tamu. Jam menghampiri 12 malam. Penat dan mengantuk . Sms DSZM, tak berbalas. Dia dah tido agaknya. Alhamdulillah.. aku pun turut beradu.

………

Sabtu pagi Puan Hanisah called, sarapan pagi akan dihantar ke rumah tamu. Then dia called lagi, memberitahu isteri MB Perlis nak datang berjumpa DSZM di rumah tamu. Aku memaklumkan DSZM. Bersiap, urus diri. Sarapan bersama DSZM. Menunggu isteri MB Perlis sambil menonton TV dan membaca newspaper hari Jumaat..


Selepas pertemuan dengan isteri MB Perlis, kami check out dari rumah tamu jam 12.30 tengahari. Rusni tidak pulang bersama kami, dia akan ke UUM. DSZM dan aku menuju ke Warung Pokok Sawa (Ciku). Lunch di situ. Kedai makan yang ramai pelanggan. Menu makanan simple tetapi sedap..


Jam 1.45 petang bertolak pulang ke shah alam. Tiba di Shah Alam jam 7 petang. Terima kasih Pak Ayob yang membawa kami dengan selamat ke Perlis dan kembali semula ke Shah Alam.


table hi tea

ketibaan VVIP masuk ke dalam dewan

DSZM memberi ucapan

isteri Speaker DUN Perlis

koir pewani perlis

fesyen show

bergambar beramai-ramai

3 paling tengah: Isteri Pengarah kampus Perlis, isteri Speaker DUN Perlis, isteri VC UiTM

bersama wakil cawangan Perak, Pulau Pinang, Kedah, Shah Alam serta jawatankuasa pengajur

di rumah tamu: Isteri MB perlis, DSZM & puan suhara
.............

Terima kasih Puan Suhara dan Puan Hanisah atas layanan yang diberikan semasa kami di Perlis. Semoga dapat jumpa lagi di lain masa dan ketika..




p/s: Sesiapa yang ingin ke Perlis, pertengahan April- Mei adalah musim buah mangga Harumanis.

No comments: