Masjid Darul Muttaqin
Semalam aku mengikuti program health screening di Masjid Darul Muttaqin Sg. Udang, Klang. Orang kelantan sebut Sejid, bermaksud masjid. Sambutan amat menggalakkan daripada orang kampong.Terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk pemeriksaan kesihatan percuma. Kerjasama sebegini di lain masa amat kami alu-alukan.
Buat pemeriksaan kesihatan di masjid. Dalam kepala ingatkan di perkarangan masjid, tetapi dalam ruang masjid. Masuk masjid niat iktikaf la, sebab duduk dalam masjid. Kenalah jaga adab dan kelakuan semasa berada dalam masjid. Jangan memalukan diri sendiri, organisasi dan masyarakat. Peringatan untuk diri sendiri dan orang-orang yang berkenaan.
Buat keje daripada pagi sampai malam. Solat zuhur, asar, maghrib dan isyak di masjid tersebut. Memenatkan namun berbaloi.Oleh itu mungkin akan dibuat pemeriksaan kesihatan lagi di kawasan Klang kerana sambutan menggalakkan. Terima kasih buat semua.
check kesihatan percuma
pendaftaran
pendaftaran
menunggu giliran
"makcik ambil nombor giliran ini, nombor akan dipanggil sebentar lagi"
"tak sakit pun"
khemah menunggu
suasana dalam masjid
berehat seketika
mengisi borang kaji selidik sambil berdiri
Dr. Tengku menerangkan cara-cara membuat spirometry
Happy Belated birthday Dato' KY
di lab
apakah yang menarik itu?
minum petang, pengat pisang atau bubur pisang ni?
membaca di mana sahaja
berkain pelikat,
den tak kisah. Janji kerja siap
duduk bersila pun tak mengapa..
mengemas sebelum pulang
No comments:
Post a Comment