Followers

Saturday, February 14, 2009

14 Februari



Terlewat tiba di Hotel UiTM untuk bersarapan dan meeting. Segan dan rasa bersalah pun ada. Aku yang menjemput ajk datang meeting jam 8.30 pagi tetapi aku tiba menghampiri jam 9 pagi.

Tiba di perkarangan hotel, berlari- lari anak menuju ke cofee house. Semua ajk yang berjanji untuk hadir sudah tiba kecuali 2 orang. Mereka sedang bersarapan sambil menunggu ketibaan semua.

Aku tersenyum apabila disapa oleh mereka. Bersalaman dengan semua yang ada disitu.”Kesesakan lalulintas ke”?. Aku hanya tersenyum. Ada yang bertanya, rumahku dimana? Mereka mungkin fikir rumahku jauh sebab itu tiba lewat. Aku cakap, tinggal di Shah alam ni jer. Malu nak cakap rumah kat mana sebab rumah aku paling hampir dengan hotel uitm,.. perjalanan ambil masa tak sampai 5 minit, dengan kata lain kawasan perumahan depan hotel jer..

Ada yang bertanya, mana YDP? Aku memberitahu YDP hadir lewat sedikit sekitar jam 9.30 pagi kerana beliau ada hal. Semua menjawabla patutlah aku lewat sebab dah tahu YDP akan datang lewat, jadi meeting tidak akan dimulakan selagi YDP belum tiba..hehehe.. Tak pe. Boleh enjoy food dulu.

Kemudian aku menuju ke buffet set, mengambil makanan dan bersarapan sambil tunggu YDP tiba. Menu sarapan ada pelbagai makanan. Aku makan apa yang hendak dimakan sahaja.

9.30 pagi YDP tiba. Dia minta maaf kerana terlewat berikutan daripada hospital atas urusan keluarga. YDP mengambil sarapan terlebih dahulu sebelum memulakan meeting. Namun bukan YDP yang mempengerusikan meeting. Dengan sukacitanya YDP mempersilakan aku mempengerusikan meeting, peluang yang datang bukan selalu boleh dikira dengan jari. Terima kasih Datin Seri.

Hari ini aku jadi pengerusi dan aku jugalah setiausaha (perasan ini bila aku nak taip minit mesyuarat, biar betul aku ni??)..tak pasal2 di cop giler kuasa. Meeting berjalan lancar dan enjoy. Apa tidaknya..inilah meeting kedua terakhir sebelum kami semua meletak jawatan ajk..kekeke.. Last meeting nanti adalah semasa AGM PEWANI ke 17 dalam bulan mac ini. Semasa AGM akan dilakukan pengundian semula ajk untuk penggal 2009/2011. Kepada exco lama yang berminat untuk berkhidmat sebagai ajk, boleh la beritahu Datin Seri (YDP).

Kebanyakan ajk lama sudah ingin bersara, termasuklah aku. Berikanlah kepada orang lain pula tugas dan t/jawab. Pengalaman aku bersama ajk sejak tahun 2005/2007 dan 2007/2009 telah banyak ditimba.

Meeting tamat jam 11.30 pagi. Alhamdulillah.




Nota kaki:

Hari kasih sayang adalah setiap hari. Bukannya menunggu setiap 14 Feb untuk dirai dan diagungkan..

No comments: