Followers

Thursday, November 20, 2008

Lecture Series

The Poster

Dah berminggu tak update blog ni. Pada 4 Nov lepas, aku menghadiri program Eminent Persons Lecture Series. Kali ini fakulti menjemput Prof Dr Shad Saleem Faruqi daripada Fakulti Undang-Undang UiTM. Walaupun bukan berkenaan bidang Sains tetapi ianya tetap ilmu. Sekali sekala warga fakulti perlu juga mendapat sesuatu input/info yang berlainan daripada bidang Sains . Asyik dengar lecture dalam bidang Sains, boring gak kan. So, kena luaskan minda dengan knowledge yang berlainan dari biasa, barulah pelbagai pengetahuan ada. Tajuk kali ini mestilah berkenaan undang2 sebab speaker daripada faculty of law. Title is The Federal Constitution’s First Five Decades. Prof Dr. Shad merupakan antara pengamal undang-undang yang dikenali di Malaysia. Selalu nampak beliau di kaca TV.

Berikutan dengan pelbagai scenario, permasalahan, persoalan dan ketidakfahaman tentang perlembagaan, maka sesuailah pengamal undang-undang menerangkan tentang perlembagaan dan situasi semasa berdasarkan berkenaan perlembagaan Malaysia. Sedikit sebanyak tahu la aku pasal perlembangaan Malaysia yang dirangka oleh British 50 tahun yang lampau telah diguna pakai sehingga ke hari ini.

Yang pasti Malaysia ini bukan negara Islam berdasarkan apa yang aku faham daripada syarahan beliau. Cuma agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia. Prof Shad kata, bukan bahasa Malaysia, sebab dalam perlembagaan tulis bahasa Melayu..jadi dia kena sebut bahasa Melayu. Syarahan beliau sepatutnya selama 45 minit, telah mengambil masa sehingga 1jam lebih. Dan yang paling suprise, semua orang ralit mendengar, tak boring, tak der pulak yang tertido (lecture start jam 5.30 petang, sape tak mengantuk? Lagi pulak pasal law..sape yang minat??). Namun begitu, lecture yang disampaikan berkesan dan contoh yang disebutkan adalah relevan dengan keadaan semasa tanah air..jadi semua orang tak tidur sebab nak dengar cerita2 terkini.

Kisah apa yang diceritakan?? Mestilah pasal hal-hal perlembagaan.. kan tajuknya pun perlembagaan.. Aku rasa, semua yang hadir dah faham tentang perlembangaan. Kalu tak faham sepenuhnya, at least sipi-sipi knowledge tentang perlembagaan ini melekat kat minda. Contohnya apa itu perlembangaan? siapa yang rangka perlembangaan Malaysia? kenapa perlembangaan ini tak berubah sejak 50 tahun yang lalu? Apa gunanya perlembagaan ini? Apa kuasa Sultan/ Agung/ PM/ State/ federal berdasarkan perlembagaan ini? Apa batas undang-undang kuasa eksekutif Malaysia? Boleh ke tidak nak langgar perlembagaan dan macam2 lagi la. Siapa tahu macamana nak buat/pinda perlembagaan baru, boleh ke??


welcome speech by Dean, Dato' Khalid

Dato' Aminuddin membacakan biodata speaker..3 minutes, .:-) Speaker ni memang banyak pengalaman dalam bidangnya. Biodata panjang sungguh

Prof Dr Shad start to deliver his lecture

audience

Prof Dr Shad Saleem Faruqi

Q&A Session

Begitula kisah lecture series kali ini. Pesan Prof Shad, buatla sesuatu perkara itu sekiranya dirasakan betul dan perlu di ingat PASTIKAN IANYA TIDAK MELANGGGAR UNDANG-UNDANG. Kalu merasakan suatu tindakan/perkara itu betul tapi bertentangan dengan undang-undang, sia-sia sahaja.. baik tak payah lakukan.. Tak pasal2 kena saman/masuk jail..huhuhu..

Walauapapun yang penting jangan melanggar undang-undang Allah, InsyaAllah selamat dunia akhirat.. Wallahualm.

3 comments:

Mohd Norizzuan said...

salam perkenalan..

Anonymous said...

Hello

Anonymous said...

Naruto Shippuuden 83 http://117.103.57.148/naruto/NarutoShippuuden-083.rmvb
Naruto Shippuuden 84 http://www.mediafire.com/?myy2xojdyh3

tolong masuk situsQu ya saya jamin gak bakalan rugi

trus kalau bisa tolong klik tulisan d bawah ads by google yah

terima kasih sebelumny
http://8logg3r.blogspot.com