Followers

Wednesday, March 25, 2009

pv92

Semalam, retraining PV92 PCR Informatics Kits. Sebelum nak ajar students buat eksperimen ini. Tukang mengajar kenalah belajar terlebih dahulu. Refresh ilmu yang dah ada. Bagi yang belum ada experience kena timba pengalaman dulu.

Peserta daripada mpg 6 & mpg 7, semua orang kena belajar buat eksperiman yang mengambil masa agak panjang sehingga melepasi waktu bekerja.


Sepatutnya belajar perkara yang sama walaupun trainer berlainan akan menghasilkan hasil yang sama. Namun ada juga yang berlaku sebaliknya.. jadi hendaklah lebih teliti dalam membuat sesuatu perkara seperti eksperimen.. kena beringat selalu, jangan cepat percaya atau ikut sahaja.. supaya hasilnya memuaskan hati. Trainer pun ada masanya tersilap juga, jadi berhati-hatilah selalu.. supaya tidak berlaku menangis tak berlagu..Siapa yang susah???


miss trainer

sebelum buat ekperimen

bergambar beramai-ramai lepas ekperimen lesson 1& 2

sedondon!!! model2 memperagakan uniform baru :-)

Terima kasih kepada semua yang turut serta dalam training semalam dan berbanyak terima kasih kepada yang menunggu sehingga akhir eksperimen.. kerjasama anda amat dihargai.





m.c

Beberapa hari yang lalu agak sibuk. Kena m.c.. tetapi tidak sakit.. Aku menghadiri kursus m.c (master of ceremony) a.k.a pengacaraan majlis. Kursus yang berlangsung 2 hari. Selama 2 hari pelbagai ilmu pengacaraan majlis dapat ditimba.

Banyak tips dan teori diberikan oleh penceramah. Selain latihan penyediaan aturcara majlis, sediakan teks ucapan dan praktikal mengacara majlis yang sebenar.

Kursus yang seronok, tidak membosankan. Penceramah yang banyak ilmu dan pengalaman yang dikongsi sebagai pelajaran dan pengajaran. Ilmu yang berguna untuk dipraktiskan di masa hadapan.


master of ceremony course

Speaker

menyiapkan tugasan kumpulan

Kumpulan HARMONI

hari ke2, Siti join group kami

kumpulan DINAMIK

praktkal mengacara majlis, En. Haidir & Pn. Naznah

En. Im & Pn?? (lupa lak namanya)

Pn. Yulie dari Kampus Johor Bharu

dari Penang

Kepada peserta daripada kampus Cawangan Sabah, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan sebagainya, selamat menjadi M.C yang berjaya. Boleh praktis di kampus masing-masing nanti..:-)



Wednesday, March 18, 2009

Pengantin baru

Pijoe & isteri

SELAMAT PENGANTIN BARU


" Semoga Allah memberi keberkatan bagimu & Allah memberi keberkatan keatasmu & menyatukan kamu berdua dalam kebaikan."

Selamat pengantin baru kepada teman-teman yang melangsungkan perkahwinan pada bulan Mac 2009. Musim cuti sekolah, kebiasaannya adalah musim kenduri kahwin.

Terima kasih untuk semua jemputan dan mohon berbanyak kemaafaan kerana tidak dapat memenuhi semua jemputan tersebut kerana aral melintang.

Selamat Pengantin baru diucapkan kepada teman-teman

Siti Zaleha & suami ( 14 Mac 2009)

Saidi & isteri (16 Mac 2009)

Hasfizul & isteri (16 Mac 2009)

Mohd Faeiz & isteri ( 20 Mac 2009)


Semoga Berbahagia hingga ke syurga Illahi..

Tuesday, March 10, 2009

AGM ke 17

ex- EXCO sesi 2007/2009

New Exco sesi 2009/2011

Exco Lama & Exco Baru

AGM ke 17 PEWANI telah berlangsung pada 6 March 2009 yang lalu. Telah diadakan pemilihan Jawatankuasa yang baru bagi sesi 2009/2011. Selamat berkerjasama kepada semua.

Sunday, March 1, 2009

gigi

wisdom tooth, tumbuh senget..terpaksa dicabut walaupun berat hati nak cabut gigi.. sakit ooiii..

kerana wisdom tooth aku bercuti sakit beberapa hari..huhuhu.. Cabut gigi minor surgery.. 3 hari makan bubur nasi. Hari ini makan bubur nasi lagi ke??

Sakit, gusi berdarah, bengkak pipi, gusi berjahit, kena gelak oleh housemates dll, menguji kesabaranku. semoga sakit yang sedikit ini dapat meng 'kafarah' kan dosa-dosa kecil yang yang tak terkira banyaknya..huhuhu..

Nampaknya seminggu mengunyah makanan guna gigi sebelah kanan jer..cabaran buatku..kena control cara makan..

hari ini jumpa dentist lagi, check jahitan yang tidak menselesakan aku.. dapat cream doxaltin oral paste..untuk ulser yang baru tumbuh..

semoga sakit ini cepat sembuh..Aminn..